Friday, February 26, 2010

Kawasan pasar seni


Di sekitar pasar seni ada macam macam ada. Perhentian bas, perhentian lrt, perhentian keretapi dan bermacam tempat makan dari restoran hingga la gerai tempat makan tepi jalan punya stail.

Photo Pasar Seni


Central Market atau Pasar Seni kalau tak silap saya bekas tapak pasar basah.
Letaknye betul betul di tebing sungai klang. Agaknye dulu sebelum jalan raya
di bina sungai klang merupanya jalan perhubungan yang penting.

Sekarang siapa yang tidak kenal pasar seni atau central market tentu bukan
warga negara malaysia.

Sunday, February 21, 2010


lukisan di atas tiang simen di tepi jalan pejalan kaki area



Kalau berjalan kaki menyusur sungai klang dari station lrt masjed jamek ke
station lrt pasar seni, banyak kelihatan lukisan lukisan pada dinding.
Dinding bangunan, dinding tepi sungai ke, tiang simen atau di atas permukaan
yang lebar dan berdiri 90 darjah tegak, mesti kelihatan.
Lukisan ini kelihatan menarik walau pun sebahagian daripada masyrakat kita
tidak dapat melihat lukisan ini sebagai seni tetapi sebahagian dari perbuatan
tidak bertamadun.

Secara peribadi saya suke lukisan dinding (mural) ini sekiranya grafik
yang di lukis tidak keterlaluan atau tidak kene pada tempatnye.

Saturday, February 20, 2010

lebuh ampang


bangunan bank ocbc. Di belakang nampak macam bangkok bank



Di lebuh ampang nie banyak betul bangunan bank. Hampir semua bank bank tempatan
boleh di dapati di area ni.
Tapi tak sure la kalau bangunan ni milik bank. Yang pasti logo bank bank ini
mesti boleh nampak kenal.

Wednesday, February 17, 2010

Selamat Tahun Baru Kalendar Cina...Tahun Harimau





Kalau sambutan tahun baru cina...sure hampir semua kedai kedai di kl tutup.
Biasanye kedai kedai ni tutup tak menjalankan perniagaan selama 3 atau 4 hari.
Tapi kedai di kl tak tutup kalau sambutan hari raya ke atau krismas ke...

Walau bagaimanapun orang ramai masih kelihatan berjalan-jalan semasa hari cuti
tak kira cuti sempena perayaan ape.

Sunday, February 14, 2010

Tempat makan




Canteen room... teringat kantin sekolah. Perkataan canteen mengingatkan saya tempat
makan di sekolah. Kalau baca dekat papan tanda restoran juga menjual nasi lemak.
Tak tahu le sedap atau tak. Belum pernah bersarapan di restoran ni.

Bangunan ini bersebelahan dengan bangunan Pasar Seni. Senang nak spot bangunan
ni cuma lihat sahaja bangunan lama berwarna hijau.

Saturday, February 13, 2010

Di mana nak sarapan pagi?




Di belakang bangunan pasar seni selepas bangunan bar council,
ada satu tempat yang nak saya cuba bersarapan pagi Nama restoran itu
restoran sim seng nam. Tempat itu cukup menarik perhatian saya untuk mencuba,
kalau sempat berhenti di kawasan ini.

Saya tak pernah lagi cuba bersarapan di tempat ini, tapi nampak macam sedap je rasanye
kalau bersarapan di situ. Mungkin kerana bangunan itu yang membuatkan saya tertarik nak merasa bersarapan disitu.

Tuesday, February 9, 2010


p/s - Bangunan tinggi di belakang ialah Bangunan Polis Bukit Aman.


Dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka. Mesti jumpa pagar besar depan Bank Pertanian. Kaler warna merah pula tu. Di Depan ni bangunan lama mahkamah persekutuan betul-betul di tepi dataran merdeka.



Sebaris dengan "pagar besar warna merah" ni ada sebji gerbang besar di laluan
pejalan kaki tepi bangunan pertanian. Belakang gerbang merah ni nampak sebahagian bangunan mahkamah persekutuan di dataran merdeka.
Jalan lurus je mesti nampak 2 sungai bertemu siap di tengah ada masjid jamek kuala lumpur.

Thursday, February 4, 2010


Sebaris dengan bangunan Bangkok Bank.
Dekat dengan kawasan yang dikenali Kota Raya.
Dekat dengan kawasan Pasar Seni.
Di depan tempat hentian bas utama.

Perhentian bas ini dikelilingi dengan bangunan lama dan bangunan moden. Nak ke Pasar Seni, Kota Raya atau ke Petaling Street ke berhenti la di hentian bas Bangkok Bank.

Station lrt pasar seni.





Kalau nak pegi Pasar Seni atau Central Market lebih senang menaiki perkhidmatan lrt. Kalau nak pegi Petaling Street pun lebih senang menaiki perkhidmatan lrt.

Sebelum adanya perkhidamatan lrt, tempat ini lebih dikenali station Bas Klang. Bangunan station bas klang masih ada dan masih menjadi salah satu pusat perkhidamatan bas di Kuala Lumpur.

Sekitar station lrt pasar seni, em..sungai klang, pejabat pos besar kuala lumpur dan juga bangunan Dayabumi yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Kuala Lumpur. Tak jauh dari sini stesen keretapi Kuala lumpur. Kene berjalan kaki lebih kurang 5 minit sampai la stesen kereta api kuala lumpur.

Tuesday, February 2, 2010

kalau saya ada duit...building ni saya nak beli















Kedai gunting ni saya tak tahu...masih beroperasi ke atau dah tutup। Jam baru pukul 7.15 pagi hari sabtu. Agaknye kedai ni masih beroperasi seperti biasa cuma waktu bukanye pukul 10pagi kot....


Ada sebiji bas metro berhenti di depan bangunan ini. Tempat ini bukan perhentian bas pun tapi tak tahu kenapa बस metro ni "melepak" di hadapan bangunan ini. Nak buat macam mana dah bas tu berhenti..ambik je la gambar bangunan ni siap ngan bas nie.

Andai kata saya terjumpa sebeg duit yang banyak di mana-man tepi jalan saya nak beli bangunan ni. Kenapa? Melalui kaca mata saya... building ni cantik sesuai dijadikan tempat persinggahan sementara kalau nak bermalam di kuala lumpur untuk saya.